Home Kenyataan Media PAS Melaka

Perutusan Hari Raya Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Melaka

335
SHARE

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1441H/2020M DARIPADA PAS NEGERI MELAKA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اللهُ أَكْبَرُ
اللهُ أَكْبَرُ
اللهُ أَكْبَرُ

اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ

1. Saya mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka (BPPNM) merakamkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada seluruh umat Islam khususnya ahli-ahli PAS di Negeri Melaka, kepimpinan Umno, Bersatu, penyokong Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

2. Marilah kita sama-sama merebut peluang dan sunnah di bulan Syawal ini dengan mengeratkan ukhuwah, memohon maaf sesama kita dan saling mendoakan kebaikan.

3. Raya tahun ini berlainan dengan sambutan raya tahun-tahun sebelumnya akibat penularan Wabak Covid-19 yang telah mengancam seluruh dunia. Pastikan kita saling menjaga dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

4. Saya mendoakan, agar kita semua beroleh rahmat Allah SWT diterima segala amalan diatas usaha dan amal soleh yang kita kerjakan dibulan Ramadan.

USTAZ KAMARUDDIN SIDEK
Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka

ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)