Home Kenyataan Media PAS Melaka

Perutusan Aidiladha Ameerah PAS Kawasan Masjid Tanah

27
SHARE

‏اللهُ أكْبَرُ اللهُ أكْبَرُ اللهُ أكْبَرُ، لا إِلهَ إِلاَّ اللهُ واللهُ أكْبَرُ اللهُ أكْبَرُ وَِللهِ الحَمْدُ

KAMI MEWAKILI DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN MASJID TANAH DAN AMEERAH MASJID TANAH MENGUCAPKAN,

“SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1442H”

Sempena Aidiladha ini semestinya kita mengambil iktibar daripada peristiwa korban yang dinukilkan di dalam Al Quran, dari kecekalan dan keteguhan hati Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S.

Semangat inilah yang perlu kita hayati dalam mengharungi sebuah perjuangan. Ibadah korban bukan sekadar ritual yang berkala tetapi meletakkan jiwa sejauh mana pengorbanan kepada agama Allah S.W.T dalam menjalani kehidupan sehingga mampu mengenepikan kepentingan diri dan tuntutan peribadi.

Pengorbanan memerlukan ketabahan dan ianya harus bermula dari diri sendiri. Inilah yang kita pelajari daripada sirah Rasulullah S.A.W.

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, indahnya persaudaraan dan manisnya berkongsi nikmat dan rezeki Allah swt.

Semoga kita semua diberikan keampunan dan kebaikan di dunia dan akhirat. Diperkenankan segala doa dan diangkat segala bencana dari diri kita serta keluarga dalam negeri mahupun seluruh dunia. Amin

Eid Mubarak!

MARYAM IMRAN
Ketua Ameerah
Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah

#DMPKMT
#AmeerahMasjidTanah