Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

Perutusan Aidiladha 1442H/2021M

101
SHARE

PERUTUSAN AIDILADHA 1442H/2021M
PESURUHJAYA PAS NEGERI PULAU PINANG

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَ الْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

اللهُ أَكْبَر اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْد

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T kita berada di ambang untuk menyambut hari raya aidil adha pada tahun ini yang masih lagi kita berada dalam suasana pandemik COVID-19

Marilah kita bersama-sama mengimbau kembali kisah yang menjadi pengajaran kepada kita iaitu kisah Nabi Ibrahim A.S dan keluarganya yang berkorban kerana Allah S.W.T.

Inilah kisah keluarga mithali yang menyerah diri dengan penuh keyakinan terhadap Allah S.W.T dengan menunaikan perintah Allah supaya menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail A.S .Isterinya Hajar sanggup menyerahkan anaknya dan anaknya Nabi Ismail A.S redha dengan perintah Allah.

Akhirnya Allah S.W.T memberikan gantian yang besar iaitu seekor Kibash kepada keluarga baginda bagi mengantikan Nabi Ismail A.S . Marilah kita berkorban kepada Allah S.W.T sebagai syiar kita dalam menunaikan perintah Allah S.W.T melalui ibadah korban yang kita laksanakan pada tahun ini.

Dalam suasana kita berhadapan dengan pandemik COVID-19 ini, ramai yang ada dalam masyarakat kita terkesan dengan kehilangan kerja dan pelbagai kesusahan yang lain dan bagi yang mengerjakan ibadah korban yang telah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa,maka tunaikanlah tanggungjawab dengan mengagihkan daging-daging korban kepada mereka yang memerlukan.

Janganlah kita melakukan ibadah korban ini dengan sambil lewa tetapi disekeliling kita masih ramai yang terkesan dan sedekahlah daging-daging korban kita itu kepada pihak yang memerlukan.

Semoga ianya dapat mengangkat darjat kita disisi Allah S.W.T melalui ibadah yang kita lakukan pada tahun ini.

Saya menyeru kepada seluruh rakyat negeri Pulau Pinang agar sentiasa mematuhi segala garis panduan (SOP) yang ditetapkan terutama dalam pelaksanaan ibadah korban. Kerjasama daripada kita semua mampu melindungi negeri kita daripada terdedah kepada penularan wabak Covid-19.

Akhir sekali mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dan selamat melaksanakan ibadah korban, mudah-mudahkan diterima oleh Allah S.W.T

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang

09 Zulhijjah 1442 / 19 Julai 2021