Home Kenyataan Media PAS Pahang

Setiap yang berlaku ada hikmah tersirat

111
SHARE

Setiap apa yang berlaku pasti ada rahsia dan hikmah yang tersirat di sebaliknya.

Begitu juga krisis air yang berlaku di gugusan Felda Keratong, Selancar dan beberapa buah perkampungan yang berhampiran baru-baru ini yang melibatkan lebih 11,000 akaun pengguna.

Ketiadaan bekalan air bersih yang berpunca dari pencemaran sungai selama sepuluh hari sangat memeritkan. Ditambah pula kekangan pergerakan akibat wabak Covid-19 dan SOP yang perlu dipatuhi.

Namun, Alhamdulillah… Bebanan yang dipikul terasa lebih ringan hasil keprihatinan semua pihak yang segera menghulurkan bantuan sebaik sahaja berita krisis air ini tersebar melalui pelbagai media.

Justeru, saya mewakili PAS Kawasan Rompin ingin merakamkan jutaan terima kasih atas keprihatinan semua yang sudi menghulurkan bantuan.

Junjung kasih terutama kepada KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah yang sudi mencemar duli meninjau kawasan terbabit.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada Menteri Alam Sekitar YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang YB Ustaz Rosli Abdul Jabar, dan semua Ahli Dewan Negeri (ADN) PAS Negeri Pahang.

Turut dihargai semua entiti PAS melalui dewan-dewan dan lajnah di semua peringkat, parti-parti politik, NGO-NGO, agensi-agensi kerajaan, syarikat PAIP, syarikat air dari beberapa negeri dan lain-lain pihak serta orang perseorangan yang terlibat membantu.

Semoga Allah membalas kebaikan kalian semua dengan sebaik-baik balasan insya Allah.

#AirItuRahmat

NAZRI BIN AHMAD
Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin

::===::===::===::===::===::===::===::===::===::===::===::===::===::