Home Berita PAS Negeri Sembilan

Perutusan Aidiladha Yang Dipertua PAS Port Dickson 2021

38
SHARE

Penghayatan Pengorbanan dan Kesabaran

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahilhamd

Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian kepada Allah swt atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita disebalik ujian COVID-19 yang sedang kita alami pada ketika ini.

Dalam berdepan dengan situasi getir ujian COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia termasuk negara kita, adalah menjadi tanggungjawab kepada rakyat untuk bersatu padu dan bekerjasama berganding bahu melawan pandemik yang mengancam kehidupan ini. Pandemik yang tidak mengenal bangsa, agama, kaya mahupun miskin, menuntut semua pihak untuk mengenepikan perbezaan dan perselisihan demi negara yang tercinta.

Ianya memerlukan kepada pengorbanan yang besar bersesuai dengan intipati sambutan Hari Raya Aidiladha yang menuntut umatnya untuk mengorbankan haiwan ternakan sebagai manifestasi kepada kisah unggul keyakinan dan keimanan Nabi Ibrahim a.s menerima arahan Allah s.w.t untuk mengorbankan anak baginda Nabi Ismail a.s.

Sesungguhnya setiap kejayaan itu tidak diperolehi melainkan dengan pengorbanan. Bantulah kita sesama jiran tetangga yang memerlukan. Sama-sama kita doakan agar diangkat wabak Covid-19 ini dari Malaysia. Setiap kesusahan pasti dikuti dengan kemudahan (ayat 5 : surah Al Asr). Maka teruslah bersabar dan sentiasa patuhi SOP setiap masa.

Saya mewakili PAS Kawasan Port Dickson mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha 1442H kepada seluruh Muslimin dan Muslimah terutama sekali di Port Dickson amnya dan kami doakan agar Allah swt mengurniakan kekuatan dan mengangkat musibah ini daripada kita semua.

HJ ABDUL FATAH ZAKARIA
YDP PAS PORT DICKSON
20 Julai 2021 | 10 Zulhijjah 1442H