Oleh: NOR FATIN
ALOR SETAR, 27 MAC – Saudara Fadli yang merupakan wakil Hyrax Oil Utara memperuntukkan keuntungan jualan minyak enjin yang dijual untuk membantu golongan asnaf dan Sekolah Agama Rakyat.
Baru-baru ini, atas keprihatinan beliau, Fadli telah menyumbangkan dua kerusi roda kepada YB Ustaz Hanif Ghazali, ADUN Tanjung Dawai sebagai wakil untuk disumbangkan kepada warga yang memerlukan.
YB Hanif amat berbesar hati atas keprihatinan Fadli terhadap golongan yang memerlukan tersebut. Dalam masa yang sama YB Hanif turut mendoakan beliau.
“Semoga Allah SWT memberkati usaha kebajikan yang dilaksanakan oleh Encik Fadli” ujarnya.
Pernahkah kita terfikir, bahawa kerja membantu rakyat bukan sahaja kerja Ahli Parlimen atau ADUN? Tetapi siapa sahaja yang mempunyai limpahan rezeki juga boleh membantu untuk meringankan beban orang sekeliling.
Walaubagaimanapun kita akur dan mengaku, sudah semestinya Ahli Parlimen atau ADUN yang dipilih rakyat harus mengambil berat tentang rakyat mereka! Kita mengharapkan dan mendoakan agar mereka bertanggungjawab atas amanah yang dipegang.
Tetapi dalam masa yang sama, kita juga perlu tanamkan dalam minda kita, siapa-siapa pun boleh turun membantu rakyat, asalkan pada saluran yang betul supaya sumbangan diedarkan dengan adil dan saksama.
Jadi banyakkan berbuat baik dan tinggalkan perbuatan jahat! Tambah-tambah dalam bulan Ramadan ini. Masih ragu-ragu untuk berkongsi rezeki dan berbuat baik?
Ingatlah firman Allah dalam Surah Al-Araf ayat 56:
وَلَا تُفْسِدُوْا فِي الْاَرْضِ بَعْدَ اِصْلَاحِهَا وَادْعُوْهُ خَوْفًا وَّطَمَعًا اِنَّ رَحْمَتَ اللّٰهِ قَرِيْبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِيْنَ
Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.
Ayat ini dapat ditafsirkan bahwa berbuat baik akan mendatangkan kasih sayang dari Allah SWT di dunia maupun akhirat. Melakukan perbuatan baik akan membuka pintu kebahagiaan, kesehatan, dan ketenangan hati. Berbuat baik juga boleh diertikan sebagai satu langkah lebih dekat untuk meraih rahmat Allah.