Home Berita PAS Kedah

Ramadan bulan barakah, perlumbaan untuk membuat kebaikan

351
SHARE

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 27 MAC – Bulan Ramadan bulan yang barakah! Ramai yang berlumba-lumba untuk membuat kebaikan.

Salah satu amalan kebaikkan yang digalakkan dalam bulan Ramadan adalah dengan memberi makan orang berbuka puasa. Amalan ini sangat dituntut kerana pahala yang ditawarkan amat besar.

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

Alhamdulillah pada Sabtu yang lepas, Paknjang Basir dan Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi, Ahli Parlimen Kuala Kedah berkesempatan untuk turun bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Marina dalam sebuah program mengacau bubur lambuk untuk agihan pada petang tersebut.

Menurut Basir, ramai yang berebut untuk melakukan amalan kebaikkan di bulan Ramadan ini. Oleh hal itu, program mengacau bubur lambuk ini diadakan. Salah satu tujuannya adalah untuk merebut peluang bagi melakukan kebaikkan di bulan Ramadan.

Program yang dilaksanakan juga sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara komuniti taman dan penduduk setempat.

Manakala pada sebelah petang pula, Basir mengambil peluang yang ada untuk menyampaikan sumbangan kurma kepada KRT Seri Marina.