Home Berita PAS Kedah

Pertemuan Mahabbah Muslimat PAS Padang Terap

121
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG – Satu pertemuan mahabbah anjuran PAS Padang Terap  bersama Dewan Muslimat PAS bertemu dengan muslimat-muslimat PAS Padang Terap petang kelmarin.

Program tersebut di bawah anjuran PAS Padang Terap yang dirasmikan oleh Yang diPertua PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz dan turut bersama Timbalan Yang diPertua PAS Padang Terap, YB. Hj. Munir@Mohammad Yusoff Zakaria serta Naib Yang diPertua PAS Padang Terap, YB. Hj. Mohd Radzi Md Amin.

Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Padang Terap, Puan Sariah Salam, Jentera Pilihanraya muslimat bersama Halwa Petugas UDM menyahut seruan dan telah telah bersedia bagi menghadapi Pru-15 pada bila-bila masa sahaja.

Ustaz Azam berkata, PAS Pusat mengarahkan seluruh Jentera Pilihanraya di semua peringkat agar bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Um ke-15 (PRU-15) yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Justeru itu, jentera muslimat PAS kawasan perlu menumpukan usaha serta  memantapkan gerak kerja pilihanraya berjalan dengan lancar.

Turut sama hadir Setiausaha PAS Kawasan Rosli Jaaffar, Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Padang Terap, Ahli Jawatankuasa Halwa Dun Kuala Nerang dan Halwa Dun Pedu.