Home Berita PAS Melaka

Wang tunai dan komputer riba bantu sambung belajar: PAS Tangga Batu

105
SHARE

Oleh IBNU JANIE

TANGGA BATU, 2 Okt: Demi untuk memastikan pelajar pintar STPM, Saidatul Natasya Mohd Safri dapat meneruskan pengajian ke menara gading dengan selesa, PAS Tangga Batu telah menyerahkan sumbangan wang tunai dan sebuah komputer riba.

Menurut Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Rafie Ahmad, adik Natasya telah mendapat tawaran dalam bidang Kewangan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Bandar Melaka.

“Anak kedua dari lima orang adik beradik. Ibunya meninggal dunia kira-kira enam tahun yang lalu. Ayahnya bekerja sebagai pemandu lori di syarikat pengangkutan yang berhampiran. Beliau akan mendaftar sebagai pelajar baru universiti pada hari Ahad (2 Oktober) ini.

“PAS Kawasan Tangga Batu menyelami masalah adik pintar ini dan turun menziarahi beliau di rumahnya baru-baru ini bagi menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan komputer riba,” ujar beliau dalam satu hantaran di laman Facebook beliau pada Sabtu.

Beliau dalam hantaran tersebut turut berharap agar sumbangan ini dapat memudahkan urusan adik Natasya di kampus nanti.

“Saya sempat berpesan beberapa perkara pada beliau, pilih kawan yang boleh menjadi cermin kepada kita; jangan tinggalkan solat walau sesibuk mana kita.

“Sentiasa doakan untuk ibu dan ayah setiap kali lepas solat. Moga anak ini akan menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat,” ujar beliau dalam hantaran tersebut.

Turut hadir dalam ziarah bagi menyerahkan sumbangan ini di rumah adik Natasya di Taman Krubong Jaya pada Jumaat ialah Pengarah JPRUDM Paya Rumput, Norazman Yusoff bersama beberapa orang lagi pimpinan PAS cawangan.

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH