Home Artikel PAS Johor

Pertemuan Mahabbah Demi Islam

375 views
SHARE

Pertemuan Mahabbah demi Islam

Oleh: Nik Nor Nadhirah

Bandar Baru Uda, 23 Mac 2019 : Ameerah Johor yang diketuai oleh Siti Umairah, telah mengadakan pertemuan mahabbah bersama Puteri UMNO Negeri Johor. Kehadiran pimpinan Ameerah Negeri Johor, Ketua Briged Muslimat Negeri Johor dan barisan kepimpinan Puteri UMNO Negeri Johor. Pertemuan ini adalah pertama kali bagi Ameerah JOHOR dan Puteri UMNO selepas siri-siri Pilihanraya Kecil yang menampakkan kerjasama di antara PAS dan UMNO.

Perjumpaan ini lebih menjuruskan kepada sesi suai kenal dan juga perbincangan dua hala di antara Ameerah dan Puteri sendiri.

Memetik kata-kata Saudari Siti Nor Ain, Ketua Puteri UMNO Johor,

“Diharapkan pertemuan ini dapat mengelakkan persepsi-persepsi yang sedang berlaku di luar sana”.

Ameerah Johor sangat berbesar hati dengan pertemuan yang semoga memberi kebaikan kepada Islam dan ummah.

“Kita, Ameerah Negeri Johor sedia dan wala’ dengan arahan daripada pimpinan atasan dan sangat terbuka dengan kerjasama ini.”

Berikut adalah kata-kata daripada Pengarah Ameerah Negeri Johor, saudari Siti Umairah Samsuddin.

Jutaan terima kasih daripada Puteri UMNO Negeri Johor di atas jemputan untuk pertemuaan Mahabbah ini. InshaAllah siri-siri pertemuan akan dibuat lagi bagi memperkukuhkan hubungan dua hala di antara Ameerah Negeri Johor dan Puteri UMNO Negeri Johor