Home Artikel PAS Johor

Lajnah Alam Sekitar Santuni Penduduk Pasir Gudang Dengan Edaran Topeng Muka bersama Khidmat Malaysia

168 views
SHARE
Normala ,lengkap dengan pakaian keselamatan dan ‘respirator mask’ sebelum dibawa masuk ke Stadium Tertutup Pasir Gudang oleh Briged Muslimat Johor.
Lawatan ke Stadium Pasir Gudang bersama Briged Muslimat Negeri Johor,berbincang dan mendengar laporan.
Edaran mask di Taman Pasir Putih baru -baru ini .
Normala,Pengerusi Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar (LATAS) Dewan Muslimat PAS Malaysia menunjukkan tanda ‘Good’ sebelum meninggalkan Stadium Perbandaran Pasir Gudang

Lajnah Alam Sekitar Santuni Penduduk Pasir Gudang Dengan Edaran Topeng Muka bersama Khidmat Malaysia

18 Mac 2019, Pasir Gudang:

Menyedari situasi kes pembuangan sisa toksin di Sungai Kim-Kim lewat diambil perhatian sebelum ini oleh pihak berwajib , maka Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS ) Dewan Muslimat PAS Malaysia ,diwakili oleh Normala Sudirman selaku pengerusi lajnah telah berpeluang menyantuni masyarakat tanda keprihatinan dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan edaran ‘mask’ atau topeng muka di sekitar Taman Pasir Putih dan Masjid Pasir Putih .
Lokasi ini terletak 15 km dari lokasi penempatan mangsa iaitu Stadium Tertutup Pasir Gudang .

Semua penduduk setempat menerima ‘mask’ yang diedarkan dengan rasa gembira dan teruja untuk memakainya kerana sebelum ini tiada siapa yang memberi mereka dan menerangkan cara pemakaian topeng muka ini .

Normala ,diiringi oleh Encik Aziz Bin Abdullah ,Setiausaha Khidmat Malaysia Negeri Johor ,beberapa orang muslimat Johor dan Briged Muslimat serta Jabatan Amal Negeri Johor mengedar ‘mask’ dan beramah mesra dengan penduduk setempat .

Beliau juga sempat mendengar taklimat dan panduan pemakaian ‘respirator’ untuk kesihatan dan keselamatan.
Selepas mengedarkan ‘mask’ di dua lokasi berhampiran ,Normala dibawa melawat ke Stadium Tertutup Pasir Gudang untuk beramah mesra dengan pesakit dan bertemu petugas Briged Muslimat dan Jabatan Amal di sana.

Berdasarkan luahan dan rungutan yang diterima penduduk adalah , pihak berwajib seolah -olah tidak serius menangani isu ini kerana tiada arahan pemakaian mask terutama di lokasi penempatan penduduk yang berdekatan dengan Sungai Kim-Kim sebelum ini.

Pemakaian topeng atau mask ini adalah sangat penting untuk faktor jangka pendek dan jangka panjang dari aspek keselamatan dan aspek kesihatan penduduk.

Normala yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor juga sempat mendengar taklimat dan laporan dari Puan Derwena Masuruni ,Pengerusi Briged Muslimat Muslimat Negeri Johor tentang pergerakan petugas di Stadium Tertutup Pasir Gudang .

“Saya sungguh berada hairan mengapa sehingga 18 Mac ,iaitu lebih dari seminggu suspek yang membuang sisa toksik ini seolah -olah dilindungi dan masih belum didakwa “katanya.

“Lebih mengecewakan lagi,selain daripada pengisytiharan darurat tidak dilakukan oleh pihak kerajaan ,keselamatan penduduk kurang diberi perhatian dan kurangnya pendedahan tentang keperluan memakai topeng muka atau mask di kawasan yang berdekatan kerana tiada arahan secara jelas dikeluarkan oleh pihak kerajaan “.

Bagaimanapun ,beliau menggesa kebajikan penduduk setempat yang terlibat diambil perhatian dan diberi bantuan yang sewajarnya .Beliau juga mendoakan agar semua yang terlibat pulih seperti sedia kala dan ekosistem di Pasir Gudang akan semakin bertambah baik “katanya lagi .