JERLUN – Pertandingan memancing Parlimen Jerlun mendapat sambutan luar jangkaan selepas hampir 250 peserta menyertai pertandingan itu, dekat Pida 2 Paya Stesen, baru-baru ini.
Kemeriahan pertandingan memancing pada kali ini lebih dirasai memandangkan musim menuai padi yang hampir tiba.
Yang Di Pertua PAS Kawasan Jerlun, Dr Ustaz Abd Ghani Hj Ahmad berkata sebanyak RM500 diberikan kepada pemenang utama.
“Seorang peserta yang hadir dari Tokai telah membawa pulang wang tunai RM500, manakala Naib johan dan tempat ketiga merupakan peserta tempatan yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM200 dan RM100.
“Program ini juga dimeriahkan dengan hadiah cabutan bertuah yang disediakan oleh pihak penganjur melebihi 30 hadiah termasuk 2 buah basikal sebagai hadiah utama,” ujarnya.
Tambah beliau, berikutan sambutan luar biasa oleh penduduk beliau berharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.
“Terima kasih buat semua peserta yang telah melibatkan diri, penaja dan penganjur Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerlun (DPPKJ), JPrD Kota Si Puteh dan UDM Paya Stesen,” katanya.