Home Berita PAS Pulau Pinang

Program santuni masyarakat Cina dekatkan PAS kepada masyarakat bukan Islam

106
SHARE

Oleh NURAH MAISARAH

NIBONG TEBAL, 1 FEBRUARI – Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang menerusi Lajnah Perpaduan Nasional telah mengambil inisiatif untuk menyantuni masyarakat kaum Tiong Hua bersempena sambutan perayaan tahun baharu cina.

Program Santuni Masyarakat kaum Tiong Hua dan cina amnya telah dilancarkan secara serentak di seluruh Pulau Pinang termasuklah yang berada di dalam pulau dan di anggarkan sekitar 200 buah rumah telah dikunjungi oleh para aktivis PAS yang turun ke lapangan pada hari tersebut.

Bagi kawasan Nibong Tebal, program santuni kali ini lebih khusus di kawasan Kampung Permatang Tok Mahad dan melibatkan sebanyak 20 buah rumah.

Puan Musalmah Yusop, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang berkata sambutan yang positif telah diberikan oleh masyarakat cina ketika dikunjungi memberikan satu jalinan yang baik antara PAS dan juga masyarakat bukan Islam di sini.

Tambah beliau lagi, ini dapat menterjemahkan nilai murni dan akhlak Islam kerana PAS telah dikenali khussunya masyarakat Tiong Hua.