Home Berita PAS Melaka

Pertandingan Memanah Ukhuwah Ahli PAS Alor Gajah

836
SHARE

Oleh: Kautsar Ali

ALOR GAJAH : Pertandingan memanah Ukhuwah telah di rasmikan oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Alor Gajah, Syahabudin Senin di sini hari ini.

Pertandingan memanah ini telah berlangsung di Sri Tualang, Kampung Gangsa, Durian Tunggal ini dianjurkan bersama oleh PAS Cawangan Gangsa dan Muslimat PAS Kawasan Alor Gajah.

Seramai 40 orang peserta telah menyertai pertandingan ini yang dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu lelaki dewasa 20 meter, wanita dewasa 15 meter, remaja lekaki dan perempuan 15 meter, kanak-kanak lelaki dan perempuan 10 meter dan terbuka 30 meter.

Turut juga hadir bagi menyerikan pertandingan mantan calon Dun Durian Tunggal, Mohsin Ibrahim. Hadiah disampaikan oleh Yang Di Pertua PAS Alor Gajah itu sendiri.