Home Artikel PAS Sabah

PAS Tawau Teruskan Misi Bantuan Bulanan

410
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
19 Januari 2020

TAWAU : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan ( LKKP )PAS Kawasan Tawau  meneruskan misi pemberian bantuan bulanan berupa barangan dapur kepada lima keluarga asnaf terpilih, bertempat di Kampung Batu 4 Jalan Apas , di sini , semalam.

Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau, Tuan Ambo Asse Ramano berkata, sumbangan itu adalah kesinambungan dari program tahun-tahun sebelum ini dan bertujuan untuk meringankan beban penerima.

” Sumbangan akan diteruskan dari semasa ke semasa dan tidak hanya tertumpu ketika musim perayaan.

” Kami sebagai wakil PAS juga merupakan badan kebajikan akan terus membantu golongan seperti ini atas rasa tanggungjawab.

” Kami sendiri akan turun padang ke kediaman keluarga asnaf ini untuk melihat sendiri kesusahan mereka.

” Sekaligus kami dapat bermuhasabah dan bersyukur atas nikmat yang Allah SWT kurniakan,”Katanya.

Turut hadir menyampaikan sumbangan, Ketua Muslimat Cawangan APAS, Cikgu Ervinah Basmin dan Ketua Majlis Guru PASTI (MGP) Kawasan Tawau, Ustazah Hasni Latif.