Home Berita PAS Kelantan

Pertambahan dana RM16.5 juta untuk Program Kelantanku Bersih tahun 2023

162
SHARE

KOTA BHARU, 8 Dis: Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob mengumumkan pertambahan dana RM16.5 juta bagi Program Kelantanku Bersih bagi tahun 2023.
Beliau berharap dana tersebut dimanfaatkan sebaiknya oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Kelantan.

Katanya, dasar tersebut adalah inisiatif Kerajaan Negeri dalam menjadikan Kelantan negeri yang bersih dan mewujudkan masyarakat yang membudayakan amalan kebersihan bagi menjamin kesejahteraan hidup dan kelestarian alam sekitar.

“Kerajaan Negeri telah meluluskan Dasar Kelantanku Bersih 2022-2027 pada 11 Mei 2022 dan dilancarkan hari ini. Tema dasar itu ialah “Kelantanku Bersih” dengan menggunakan slogan “Jupo Sapoh Kutip, Jange Tohok Koksey”. Manakala, visinya ialah “Kelantanku Bersih, Indah dan Ceria”. Antara objektif utama Dasar Kelantanku Bersih adalah meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan amalan kebersihan dalam kalangan masyarakat ke arah budaya bersih dan sihat selaras dengan Dasar Membangun Bersama Islam, meningkatkan amalan kitar semula dalam kalangan komuniti dan masyarakat untuk kelestarian alam sekitar dan memantapkan kerjasama dan pelaksanaan aktiviti kebersihan bersama agensi, masyarakat, penduduk dan NGO,” hurainya ketika melancarkan Dasar Kelantanku Bersih di Hotel Perdana, hari ini.

Beliau juga merasmikan Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih Tahun 2022 berharap Dasar Kelantanku Bersih itu dapat dijadikan garis panduan kepada semua pihak terutamanya PBT negeri Kelantan dalam merealisasikan matlamat Kelantan sebagai negeri bersih, indah dan ceria.

Selain itu, beliau turut berterima kasih kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan YB Dato’ Kaya Setia Nazran Muhammad kerana telah membantu dan mempercepatkan permohonan dan pengagihan RM2.6 juta Wang Perkhidmatan Kemajuan atau Improvement Service Fund (ISF) kepada PBT Negeri Kelantan untuk meningkatkan