Home Berita PAS Kedah

Pertama kali jalan diturap

76
SHARE

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR,22 MAC – Penurapan kali pertama  Dari Kampung Tok Pulau menghala ke Alor Janggus memberikan makna yang besar khususnya kepada penduduk sekitar.

Malah penurapan jalan berkenaan turut memberikan manfaat kepada penduduk kampung berhampiran dan orang ramai yang sering menggunakan jalan itu untuk berulang alik melakukan urusan seharian.

Penurapan jalanbagi menggantikan jalan yang berdebu, berair dan berlopak itu sememangnya memberikan keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai.

YB Dr. Ahmad Fakhruddin menzahirkan ucapan terima kasih beliau kepada Penyelaras DUN Anak Bukit saudara Rashidi Sheedy.

“Memang lama dah oqang kampung dok lalu jalan berdebu, berair dan berlopak ni. Syukur usaha penyelaras DUN membawa manfaat bersama.” Katanya.

Perkara ini juga mendapat komen positif daripada masyarakat setempat dan mereka berharap agar jalan tersebut dapat dijaga bersama-sama. Dalam masa yang sama penduduk Kuala Kedah juga berharap agar beberapa jalan yang lain turut dibaiki.