Home Berita PAS Sabah

Kuliah ambang Ramadan erat ukhuwah penduduk kampung Bandukan Keningau

49
SHARE

SITTI SAIDAH BINTI OSMAN
22 Mac 2023

KENINGAU: PAS Kawasan Keningau telah menerima undangan untuk menyampaikan kuliah maghrib sempena ambang Ramadan oleh pihak Surau An-Nur Kampung Bandukan pada petang tadi.

Kuliah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Yusof Che Mood, Ahli Jawatankuasa PAS Keningau yang bertajuk Ambang Ramadan dan Persediaan kita. Antara yang dikongsikan ialah Kewajipan menunaikan ibadah puasa sebagai seorang muslim, syarat berpuasa dan perkara yang membatalkan puasa.

Beliau juga berpesan kepada hadirin untuk bersungguh-sungguh memperbanyak ibadah sepanjang bulan Ramadan yang dekat dengan kita.

Imam Surau An-Nur, Herman mengucapkan jutaan terima kasih kepada rombongan PAS Keningau kerana sudi menerima undangan kuliah pada kali ini. Beliau juga berharap agar program seperti ini dapat terus dijalankan pada masa akan datang.