Home Berita PAS Melaka

Persenda kerajaan Allah, umat Islam harus kenal siapa musuh sebenar – Asri

689
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 7 Jul : “Saya menyeru semua pihak terutamanya orang Melayu Islam agar dapat mengenali musuh Islam yang sebenarnya sehingga mereka berani mempersendakan nama Allah SWT.”

Demikian dinyatakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Asri Shaik Abdul Aziz ketika dihubungi Wartawan Rakyat Melaka (WARM) bagi mengulas tentang isu hantaran media sosial Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mempersendakan frasa ‘Kerajaan Allah’.

Beliau turut mengecam sekeras-kerasnya kebiadaban Lim Kit Siang yang menghina kesucian agama Islam melalui hantarannya itu.

“Sikap biadab Lim Kit Siang ketika memberikan respon segera kepada tulisan YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang melalui laman Facebooknya menzahirkan kebencian beliau terhadap agama Allah SWT iaitu Islam,” ujar beliau.

Asri yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah itu turut mengharapkan agar pihak berwajib segera mengambil tindakan terhadap mereka yang mempersendakan Allah SWT dan Islam.

“Saya serahkan tindakan dan hukuman yg digariskan dalam undang-undang negara atas penghinaan ke atas Allah SWT dan Islam.

“Dan ia juga boleh menggugat keharmonian rakyat yang berbilang kaum dan agama sebab ini adalah satu penghinaan terhadap agama Islam, agama rasmi seperti yang termaktub dalam perlembagaan,” ujarnya lagi.