Home Artikel PAS Negeri Sembilan

Persempadanan Pilihan Raya 2018 : 1 kerusi Parlimen, 2 DUN di Negeri Sembilan berubah nama

4577
SHARE
 
Satu kawasan Parlimen dan 2 DUN mengalami perubahan nama selepas Perintah Perlembagaan Persekutuan (Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya) (Negeri-negeri Tanah Melayu) 2018 diwartakan.
 
Parlimen terkesan adalah Telok Kemang yang dinamakan Port Dickson. DUN pula ialah DUN Senawang yang kini dinamakan Seremban Jaya, dan DUN Port Dickson yang kini dinamakan Sri Tanjung.
 
Selain perubahan nama, antara yang diwartakan ialah keluar-masuk pengundi dan daerah mengundi yang memberi kesan kepada 4 daripada 8 kerusi Parlimen di Negeri Sembilan.
 
Tiga daripadanya ialah kerusi yang dimenangi oleh DAP dan PKR semasa pilihan raya umum lalu, iaitu Seremban (DAP), Rasah (DAP) dan Telok Kemang (PKR). Satu lagi kerusi ialah Parlimen Tampin yang dimenangi BN.
 
Di Parlimen Seremban, tiga DUN mengalami pengurangan pengundi ekoran kemasukan beberapa daerah mengundi ke Parlimen Rasah. DUN yang terjejas ialah DUN Temiang, DUN Sikamat dan DUN Ampangan.
 
Dalam PRU13, Parlimen Seremban telah dimenangi oleh DAP dengan majoriti 12,553, DUN Temiang (DAP – majoriti 1,677), DUN Sikamat (PKR – majoriti 510). dan DUN Ampangan (BN – majoriti 89).
 
Di Parlimen Rasah, DUN Rahang bakal menerima 1,840 pengundi dari DUN Sikamat dan DUN Ampangan, manakala DUN Senawang (yang telah ditukar nama kepada Seremban Jaya) menerima 2,023 pengundi dari DUN Ampangan.
 
Dalam PRU13, Parlimen Rasah telah dimenangi oleh DAP dengan majoriti 23,485, DUN Rahang (DAP – majoriti 1,964) dan DUN Senawang (DAP – majoriti 4,805).
 
Di Parlimen Telok Kemang yang telah ditukar nama kepada Port Dickson, DUN Lukut bakal menerima 2,223 pengundi dari DUN Port Dickson (yang telah ditukar nama kepada Sri Tanjung).
 
Dalam PRU13, Parlimen Telok Kemang telah dimenangi oleh PKR dengan majoriti 1,579, DUN Lukut (DAP – majoriti 3,954) dan DUN Port Dickson (PKR – majoriti 2,422).
 
Di Parlimen Tampin, DUN Gemencheh akan menerima 2,793 dari DUN Repah dan DUN Gemas.
 
Dalam PRU13, Parlimen Tampin telah dimenangi oleh BN dengan majoriti 11,162, manakala DUN Gemencheh (BN – majoriti 3,025), DUN Repah (DAP – majoriti 1,944) dan DUN Gemas (BN – majoriti 10,911).
 
#NegeriSembilanSejahtera
#IsuSemasaNegeriSembilan