Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Isu Warga Tanpa Negara Perlu diberi Perhatian Serius

1062
SHARE

1. Muslimat PAS memandang serius isu warga tanpa negara (stateless) yang seolah-olah tiada menampakkan penghujung.

2. Terbaru, diberitakan bahawa salah seorang pelajar cemerlang, adik Roisah Abdullah yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM gagal untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti kerana tidak memiliki dokumen warganegara yang sah.

3. Antara akibat dan kesan negatif yang akan berlaku sekiranya bagi mereka yang menghadapi masalah ini termasuklah keciciran dalam pendidikan dan hilang kelayakan bagi menikmati setiap keistimewaan yang diberikan kepada seorang warga negara.

4. Hal ini boleh berlaku disebabkan 2 keadaan;
i. Individu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri untuk membuktikan mereka sebagai warganegara yang sah
ii. Tiada perundangan khusus bagi penyelesaian isu ini

5. Muslimat PAS percaya dan yakin telah ada agensi khusus yang berusaha secara proaktif untuk mengatasi isu ini.

6. Justeru, kami mengesyorkan supaya Kementerian yang terlibat menunjukkan usaha yang berterusan untuk mencari langkah penyelesaian bagi mengatasi isu ini sekurang-kurangnya memberikan penyelesaian terhadap isu pendidikan dan perkahwinan.

7. Selain itu, Muslimat PAS menyeru dan mengajak semua pihak terutama pihak yang mempunyai autoriti untuk sama-sama berbincang dan membentuk suatu pasukan khas task force yang khusus yang turut membabitkan pelbagai pihak termasuk badan-badan politik bagi membincangkan penyelesaian terbaik untuk isu ini.

SALAMIAH MOHD NOR
Naib Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
30 Mac 2018 bersamaan 12 Rejab 1439