Home Berita PAS Kedah

Perlawanan persahabatan bola sepak PAS Padang Terap Vs warga Thai/Siam Pedu

115
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PEDU – Lajnah Perpaduan Nasional Padang Terap yang di Pengerusikan oleh Mohadzir Abdullah telah mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak antara PAS Padang Terap Vs warga Thai/Siam Kampung Tanjung Pedu pada Sabtu 8 Oktober jam 5 petang baru-baru ini.

Yang diPertua PAS Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz turut serta turun padang dan bermain bola sepak bersama warga tersebut dalam perlawanan persahabatan.

Perlawanan tersebut telah di adakan di Wat Phokultjararam Kampung Tanjung Siam, Mukim Pedu dan ianya mendapat sambutan yang amat baik dari masyarakat siam di Wat tersebut.

Timbalan Yang diPertua PAS Padang Terap merangkap ADUN Kuala Nerang YB.Hj.Munir@Mohammad Yusoff Zakaria dan Naib Yang diPertua PAS Padang Terap merangkap ADUN Pedu YB.Hj.Mohd Radzi Md Amin bersama turun menyantuni pemain-pemain bola sepak warga Thai.

Justeru itu selesai sahaja acara perlawanan persahabatan berakhir,YdP Azam menyampaikan plug cenderahati tanda ingatan dari PAS Padang Terap kepada wakil pemain tersebut.

Manakala YB Pedu mewakili PAS Padang Terap menyampaikan pemberian baju jersi kepada pemain-pemain bola sepak warga Thai tersebut.

Turut sama hadir ialah Setiausaha PAS Padang Terap Rosli Jaaffar, Jawatankuasa PAS Padang Terap, Ketua Dewan Muslimat PAS Padang Terap Sariah Salam, jawatankuasa JPrD Pedu dan masyarakat kampung Tanjung Siam Mukim Pedu.