Home Berita PAS Kedah

Jom memancing Kedah Sejahtera 2022

130
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

TANDOP BESAR – Yang diPertua PAS Kawasan Padang Terap Ustaz Mohd Azam Abd Aziz turut hadir ke program Jom memancing Kedah Sejahtera 2022 anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Pedu di bawah YB.Hj Mohd Radzi Md Amin bersama Pejabat Penerangan Daerah Padang Terap pada 8 Oktober, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Azam,program tersebut di hadiri seramai 500 orang peserta.Bermula dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang di tali air Kampung Tandop Besar.

ADUN Pedu YB.Hj Mohd Radzi bersama YdP Azam turun menyantuni dan beramah mesra bersama masyarakat kampung yang hadir ke program memancing tersebut.

Ketua Muslimat PAS Padang Terap Puan Sariah Salam turut serta hadir dan masuk acara memancing.Program tersebut sangat meriah dengan kehadiran yang sangat ramai.

Sebanyak 50 hadiah cabutan bertuah dan lima hadiah misteri yang telah di sediakan oleh pihak penganjur.Untuk kategori terbuka hanya berat ikan yang di ambil kira manakala kategori keluarga tiga orang peserta dalam satu keluarga.

Penyampaian hadiah kepada pemenang mancing dan cabutan bertuah telah di sampaikan oleh YdP Azam dan YB Pedu.

Turut sama hadir pegawai khas Adun Pedu Mohammad Bin Talib, Pengarah JPrD Pedu Mohammad Bin Kassim, Ketua Dewan Muslimat PAS Padang Terap Sariah Salam dan jawatankuasa Jentera Pilihanraya Dun Pedu (JPrD).