Home Artikel PAS Kedah

Perlantikan Pengarah Jabatan Amal Kedah Sesi 2019/2021

81 views
SHARE

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) mengucapkan tahniah kepada Pengarah Jabatan AMAL Negeri Kedah yang baharu sesi 2019/2021 iaitu Ustaz Saiful Syazwan Bin Shafie berkuatkuasa 3 Mei 2019 seperti diputuskan di dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa DPPNK Kali- 2.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan Pengarah Jabatan AMAL Negeri Kedah Tuan Yahya Bin Abdullah di atas jasa dan khidmat bakti beliau selama memimpin Jabatan Amal pada sesi yang lepas dengan penuh cemerlang dan penuh dedikasi.

Terima kasih kepada seluruh kepimpinan dan ahli Jabatan AMAL Negeri Kedah yang memberikan komitmen tinggi kepada jemaah.

Semoga Jabatan AMAL Negeri Kedah terus menjadi teras kekuatan Dewan Pemuda terutama dalam sektor kebajikan dan kemasyarakatan dalam melonjakkan syiar PAS di hati masyarakat.

Ustaz Nurul Amin Bin Hamid
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah