Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

PERKEMBANGAN PROJEK PEMBANGUNAN MURABITUN: KISAH INSPIRATIF USAHAWANITA KUNYIT BERTANG

51
SHARE

RAUB PAHANG – Projek Perusahaan Kunyit Bertang merupakan antara projek terawal yang mendapat rangsangan dana dari Tabung Pembangunan Murabitun pada tahun 2018. Projek ini yang diusahakan oleh Puan Dalmah Ismail di Kampung Bertang, Sungai Koyan Raub, Pahang secara kecil-kecilan telah berjaya membantu membuka peluang ekonomi kepada penduduk di kampung beliau terutamanya kepada kaum ibu dan juga masyarakat orang asli di sana.

Kini, setelah 6 tahun Puan Dalmah berhasrat untuk mengembangkan perusahaan ini dengan perancangan membina bengkel pemprosesan kunyit yang lebih besar dan moden bagi membantu penghasilan produk dengan lebih cepat serta dalam kuantiti yang lebih banyak.

Antara produk yang dikeluarkan adalah seperti serbuk kunyit asli yang dijual dalam bentuk paket dan botol serta kapsul kunyit hitam. Kunyit mempunyai khasiat yang sangat tinggi dan pelbagai; antaranya menstabilkan gula dalam darah, meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit, mencegah risiko kanser, anti stres dan kemurungan, menstabilkan hormon serta mengurangkan sakit senggugut, bagus untuk sistem pencernaan dan lain-lain lagi.

Bagi yang mahu menyokong projek ini serta berminat untuk mendapatkan produk asli Kunyit Bertang hasil keluaran tempatan ini, boleh hubungi Puan Dalmah di talian 01119948871

SERBUK KUNYIT

KAPSUL KUNYIT HITAM