Home Berita PAS Kedah

Peristiwa Memali, mesej jelas kepada orang yang ikhlas dalam perjuangan

361
SHARE

BALING, 23 Nov – “Peristiwa Memali adalah sebuah peristiwa yang memberi mesej yang jelas bahawa cita-cita tertinggi yakni mati syahid adalah sebuah cita-cita yang boleh dicapai sekiranya ikhlas dalam perjuangan.

“Para Syuhada Memali akan sentiasa dikenang sepanjang zaman kerana pengorbanan yang mereka lakukan.

“Jadilah seperti mereka yang bersedia memberi apa sahaja termasuk nyawa kepada perjuangan Islam.

Demikian dinyatakan Pesuruhjaya PAS Kedah, YB Senator Dato’ Ustaz Haji Ahmad Yahaya dalam ucapan Forum Perdana ‘Hidup Sebagai Ulamak, Mati Sebagai Syuhada’ di Program Memperingati 36 Tahun Peristiwa Memali dekat Kampung Memali, Baling.

Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid berkata Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah akan terus melaksanakan program ini supaya generasi akan datang terus mengingati Peristiwa Memali yang memberi kesan kepada perjuangan Islam.

“Saya mengharapkan peristiwa yang berlaku pada 36 tahun lalu akan menjadi pengajaran yang besar kepada kita untuk tidak mengabaikan agenda penyatuan ummah selari dengan tema ‘Islam Menyatu Ummah’, katanya.

Program yang bermula sewal jam 9.00 pagi itu turut disertai oleh Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Dato’ Haji Taib Azamudden Mohd Taib, Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah, Dato’ Haji Muhammad Yusof Husin dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden.

Penganjur utama program ini adalah Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dengan kerjasama PAS Negeri Kedah, PAS Kawasan Baling, Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling, Dewan Muslimat PAS Kawasan Baling dan pihak Madrasah Islahiah Diniah Memali.