Home Khas

Perikatan Nasional Telus, Tiada Pilih Kasih

462
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

PERIKATAN NASIONAL TELUS, TIADA PILIH KASIH

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang telah memberikan kebebasan terhadap pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tanpa mengira status pesalah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara dan sebagainya perlu diberikan kebebasan dalam menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan agar keharmonian, keamanan dan kesejahteraan negara.

PAS yakin Malaysia akan berjaya menjadi negara yang dapat membebaskan rasuah jika tanpa campur tangan dan gangguan pihak eksekutif. Ini akan meningkatkan keyakinan pelabur ke negara kita.

Terkini, SPRM sedang menyiasat Lim Guan Eng, pemimpin DAP atas pertuduhan meminta suapan membabitkan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion pada Mac 2011.

PAS percaya, kebebasan yang diberikan sepenuhnya mampu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap urus tadbir kerajaan.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

Ustaz Idris Ahmad
Naib Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Ahli Dewan Negara
8 Ogos 2020 | 18 Zulhijjah 1441