Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Perginya Pencinta Kitabullah Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari

2218
SHARE

Perginya Pencinta Kitabullah Sahibul Fadhilah Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari

“Yang terbaik diantara kamu ialah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.” Riwayat Bukhari,Abu Daud,Tirmizi,Nasai,Ibnu Majah)

Hari ini kita sekali lagi dikejutkan dengan berita yang sangat meruntunkan jiwa. Pemergian Al- Muqri ini berbekas dihati para huffaz dan para pencinta Al Quran. Disaat umat Islam dahagakan bimbingan dari murrabi. Sekali lagi kita diuji.

Islam asasnya adalah Al Quran dan penyebaran Islam bergantung kepada penyebaran Al Quran.

Satu kehilangan yang besar untuk kita, Permata Al-Quran dibumi Malaysia telah kembali menemui Pencipta.

Pencinta Kitabullah – beliau merupakan salah seorang Al-Muqri’ Sahibul Fadhilah Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari,90, meninggal dunia akibat kanser limfoma pada jam 5.07 petang Sabtu 6 Oktober di Hospital Kuala Lumpur(HKL)

Allahyarham di masukkan ke HKL Ahad lalu selepas disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat.

Beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar dalam rancangan Muqaddam pada awal 1970-an disaluran RTM.Beliau juga antara individu yang melaungkan azan ketika kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957.

Allahyarham juga adalah hakim Pertandingan Tilawah Al Quran yang paling lama berkhidmat dalam negara iaitu hampir 46 tahun.

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dengan penuh rasa takzim mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari di atas pemergian guru Al Quran ini menemui Ilahi.

Semoga Syafaat Al-Quran menanti beliau di alam sana,
‎إنا لله وإنا إليه راجعون

‎اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُوْلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ. اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَأْوَاهُ

‎اَللَّهُمَّ اجْعَلْ قَبْرَهُ رَوْضَةً مِنْ رِيَاضِ الجِنَانِ وَلاَ تَجْعَلْ قَبْرَهُ حُفْرَةً مِنْ حُفَرِ النِيْرانِ. آمِـيْنَ… آمِيْنَ… آمِيْنَ… يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

‎*بِسْمِ اللهِ الرَّحمنِ الرَّحِيْم۞ أَلحَمدُ لِلّه رَبِّ العَالَمِين۞ ألرَّحمَنِ الرَّحِِيم۞ مالِكِ يَوْمِ الدِين۞ إيّاكَ نَعبُدُ وَإيّاكَ نَستعِين۞ إهدِنَا الصِّرَاط المُستَقِيم۞ صِرَاطَ الَذِينَ أنعَمتَ عَليْهِم، غَيْرِالمَغضُوبِ عَليْهِم وَلاَ الضَّالِّين*

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
27 Muharram 1440
7 Oktober 2018