Home Kenyataan Media PAS Selangor

TAKZIAH DI ATAS PEMERGIAN PERMATA ILMUWAN UMMAH

45 views
SHARE

1. Allahyarham Tan Sri Dato’ Haji Hassan Haji Azhar (18 Ogos 1928 – 6 Oktober 2018) adalah seorang qari dan pakar tajwid Al-Quran di Malaysia.

3. Selama hampir 46 tahun berkhidmat sebagai hakim tilawah al-Quran Negara, beliau turut pernah menjadi hakim di Arab Saudi, Mesir, Iran, Dubai , Singapura, Brunei dan Thailand.

4. Pemergian almarhum sebagai seorang alim dalam bidang ilmu al-Quran, tajwid dan taranum merupakan suatu kehilangan besar dan petanda bahawa rakyat telah kehilangan tokoh agamawan buat Negara kita.

5. Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor mengucapkan takziah kepada ahli keluarga almarhum dan semoga syurga ganjaran untuknya dari Allah yang Maha Memelihara ke atas setiap nyawa hamba-Nya.

_”Islam Memimpin”_
_”Muslimat Memacu Kemenangan_”
_”Istiqamah Membina Selangor Sejahtera”_

USTAZAH HJH WAN HASRINA WAN HASSAN
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
7 Okt 2018 | 27 Muharam 1440H