Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Perbarisan Briged Muslimat Tampil Kemas Dan Bersemangat

127 views
SHARE

Perbarisan Briged Muslimat Tampil Kemas Dan Bersemangat

Oleh : Nadiah Saari

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Seramai 33 orang anggota Briged Muslimat yang diketuai oleh Tuan Nurul Fatihah Tuan Haris terlibat dalam perbarisan hormat sebagai simbolik pembukaan Muktamar Muslimat PAS Malaysia kali ke-58 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam pada 14 September 2018.

Dalam acara perbarisan tersebut, Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menerima tabik hormat yang diketuai oleh Tuan Nurul Fatihah Tuan Haris sebagai tanda penyempurnaan perbarisan.

Perbarisan tersebut telah berjaya mengagumkan para hadirin dengan acara kawad yang begitu kemas dan bersemangat daripada Briged Muslimat.

Dalam masa sama, satu aspek penting yang amat diambil berat oleh penganjur adalah keselamatan para perwakilan dan pemerhati.

Seramai 70 orang briged muslimat yang terlibat secara langsung bagi menjaga keselamatan muktamirat sepanjang muktamar muslimat berlangsung.

Selain itu, kehadiran muslimat muda dari pelbagai komponen DMPM turut memeriahkan majlis seperti Nusaibah, Ameerah, Muslimat Medik (MusMed) serta tidak kurang juga dari mereka yang hadir sebagai perwakilan dan pemerhati pada Muktamar DMPM kali ke-58 kali ini.