Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Kehadiran Perwakilan Ke Muktamar DMPM Meriah

111 views
SHARE

Kehadiran Perwakilan Ke Muktamar DMPM Meriah

Oleh: Rabiatul Adawiyah

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam mula dibanjiri para perwakilan dan pemerhati yang hadir sejak pagi hari dari seluruh pelusuk negara.

Kelihatan kaunter pemerhati dibuka di lobi pendaftaran setelah pendaftaran perwakilan dilakukan semalam.

Di pintu masuk utama, kepimpinan Muslimat PAS turut menyantuni para perwakilan.

Perasmian Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia kali ke-58 dijadualkan akan dirasmikan oleh Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS Malaysia.