KOTA BHARU: Mengambil luahan netizen di media sosial sekarang dapat digambarkan ramai yang meluahkan perasaan sesal membantu Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.
Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, beliau percaya sebilangan besar pengundi meluahkan perasaan menyesal.
Katanya, perkembangan yang berlaku di bawah kerajaan PH sekarang agak membimbangkan berkaitan isu ketuanan Melayu dan Islam.
“Contohnya pelantikan jawatan penting dalam bidang kehakiman. Bekas-bekas pemimpin PAS yang kini bersama PH pun mungkin tidak suka apa yang berlaku itu ketika mereka masih pembangkang.
“Namun sekarang berbeza jauh, mereka sudah berpihak. Jadi terpaksalah mereka mencari seribu alasan bagi menghalalkan segala tindak tanduk kerajaan PH,” katanya di sini.
Begitu juga kata beliau media baharu proPH terpaksa membandingkan
mana lebih baik seorang bukan Islam yang jujur, telus dan integriti berbanding dengan orang Islam tidak jujur dilantik jawatan penting negara.
“Mengapa hendak banding dengan orang Islam yang rasuah dan tiada integriti. Sedangkan masih ramai orang Islam yang ada integriti,” ujarnya yang juga anggota parlimen Tumpat. – HARAKAHDAILY 3/8/2018
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7658-penyokong-ph-mulai-luah-rasa-sesal