Home Artikel PAS Johor

Penyerahan Sumbangan Menjelang Syawal di Felda Pemanis.

63 views
SHARE

Penyerahan Sumbangan Menjelang Syawal di Felda Pemanis.

29 Mei 2019(Khamis):

SEGAMAT :PAS Kawasan Sekijang dengan kerjasama Skuad Cikgu Mala Prihatin telah menyantuni penduduk Felda Pemanis 1 dan 2, baru -baru ini dengan edaran keperluan barang dapur menjelang Syawal untuk meringankan beban .

Program menyantuni rakyat ini dalam aktiviti ‘Ziarah Ramadhan’ dibantu oleh anak -anak muda dari Gabungan Muafakat Sepakat Bangkit Bersama, Felda Pemanis .
Mereka datang dari rumah ke rumah untuk bertanya khabar sambil menghulur sumbangan barang keperluan dapur menjelang Syawal yang bakal tiba tidak berapa lama lagi .

Kedatangan rombongan dalam program penyerahan sumbangan ini , diketuai oleh Normala Sudirman (Cikgu Mala),yang merupakan AJK Dewan Muslimat PAS Malaysia merangkap Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor .

Cikgu Mala juga merupakan mantan calon PAS PRU 14 , yang bertanding di DUN Pemanis dalam kawasan Parlimen Sekijang .Beliau diiringi oleh kepimpinan cawangan PAS Felda Pemanis dan AJK PAS Kawasan Sekijang baru -baru ini .

Sumbangan yang dihulurkan ini disambut dengan rasa terharu sehingga ada yang sebak dan menitiskan airmata atas keprihatinan yang diserlahkan melalui program Ziarah Ramadhan ini .

Dalam kunjungan sambil menghulur sumbangan ini ,Cikgu Mala menasihatkan penerima agar tabah menempuh ujian dan sentiasa ingat bahawa setiap dugaan yang menimpa ,pasti ada hikmah tersendiri yang telah diatur cantik oleh ALLAH SWT.

Semoga program menyantuni rakyat ini akan sentiasa berterusan demi manfaat dan kesejahteraan khususnya kepada peneroka Felda yang terletak di DUN Pemanis .

“Izinkan kami untuk terus berbakti”.