Home Berita PAS Kedah

Penyerahan peralatan sukan Karnival Sukan Tualak

170
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG, 15 Feb – Yang di-Pertua PAS Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz menyampaikan peralatan sukan sempena Karnival Sukan di UDM Tualak, baru-baru ini.

Penyerahan tersebut diserahkan kepada Pengerusi Belia 4B, Md Din Ariffin dan penduduk Kampung KEDA Pasir Putih.

Ustaz Mohd Azam berkata penganjuran Karnival Sukan seperti ini dapat memberi manfaat kesihatan yang berpanjangan.

“Bersukan adalah salah satu aktiviti yang sangat baik untuk kesihatan.

“Setiap apa pun yang kita buat termasuk bersukan janganlah kita sampai terlepas waktu solat,” katanya.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Padang Terap diketuai Ustaz Fadil Hadi yang sama-sama menjayakan majlis penyerahan tersebut.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Hj Munir @ Mohamad Yusoff Zakaria, Jawatankuasa Pemuda PAS Padang Terap, Basyir Mohd Azam dan anak-anak muda penduduk Kampung KEDA Pasir Putih.