oleh: NOR FATIN
ALOR SETAR, 22 MAC – Penyelaras DUN Kubang Rotan Pak Njang Basir turun ke lapangan bagi membantu mangsa fenomena belalai air diselangi dengan angin kencang di Taman Sri Abadi.
Salah seorang wakil penduduk Taman Sri Abadi Kuala Kedah menghubungi Basir dan memberitahu bahawa ada penduduk yang terkesan dengan musibah tersebut. Musibah tersebut telah mengakibatkan bumbung rumah pecah, tercabut & rosak.
Sejurus mendengar perkhabaran tersebut, Basir terus menziarahi mangsa dan dalam masa yang sama sumbangan bakul makanan diedarkan sebagai tanda prihatin. Basir berkata pihak beliau akan membantu setakat yang mampu.
“Alhamdulilah keterangan maklumat telah diambil insyaallah kita akan bantu setakat yang mampu,” ujarnya.
Manakala YB Dr. Fakhruddin, Ahli Parlimen Kuala Kedah mengucapkan ucapan terima kasih kepada Basir atas kecaknaan beliau dan rakan-rakan kepada rakyat Kuala Kedah. Fakhruddin turut mendoakan mangsa yang terlibat agar sabar dengan ujian yang diberi.
“Meskipun saya masih berada di Parlimen, pihak kami sentiasa cakna akan situasi di Kuala Kedah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Penyelaras DUN Kubang Rotan Pak Njang Basir kerana membantu mangsa terbabit.”
“Kita mengharapkan mangsa musibah berkenaan tabah serta sabar diatas ujian yang menimpa.” katanya
Kejadian yang dinamakan sebagai fenomena belalai air diselangi dengan angin kencang telah menerbangkan kepingan atap rumah pada beberapa hari yang lalu. Walaupun fenomena tersebut tidak jelas kelihatan, namun ianya mencemaskan penduduk sekitar.
Bagaimanapun tiada laporan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut termasuk jumlah kerosakan atau kemalangan jiwa