Home Berita PAS Kelantan

Penyaluran Wang Ehsan kepada Negeri Kelantan

297
SHARE

KOTA BHARU, 17 Jan: Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata Kerajaan Negeri sehingga kini masih lagi dalam proses rundingan dengan Kerajaan Persekutuan berkaitan pembayaran royalti petroleum daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kelantan.

“Pemberian RM400 juta kepada Kerajaan Negeri bagi tahun 2020 dan 2021 adalah pemberian wang ehsan daripada Kerajaan Persekutuan bukannya bayaran tunai royalti. Pemberian tersebut telah dimasukkan dalam Belanjawan Kelantan 2020 dan 2021”, katanya melalui kenyataan rasmi daripada Pejabat Menteri Besar Kelantan, yang disiarkan melalui laman sosial rasminya, hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi menjelaskan situasi sebenar berkaitan penyaluran RM400 juta wang hasil petroleum kepada Kelantan sebagaimana diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam sidang media selepas majlis taklimat Bajet 2022 bersama penjawat awam negeri Kelantan di Kota Darulnaim, semalam.