Home Artikel PAS Johor

PENUTUPAN SEMENTARA PASTI TERLIBAT PENCEMARAN UDARA

186 views
SHARE

Kenyataan Rasmi

PENUTUPAN SEMENTARA PASTI TERLIBAT PENCEMARAN UDARA

Pasir Gudang – 24 Jun 2019, hampir ke semua PASTI sekitar daerah Pasir Gudang yang terlibat dengan pencemaran udara telahpun ditutup serta merta sehingga 27 Jun 2019. 

PASTI yang terlibat adalah 16 buah PASTI Al-Kauthar, Pasir Gudang dan 9 buah PASTI Al-Irfan, Tebrau. Ini mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak 25 buah PASTI telah diberhentikan sementara dari beroperasi.

Laporan Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah melaporkan seramai 75 orang dicatatkan menerima rawatan sejak awal pencemaran udara menular. Sehingga hari ini, tiada laporan pencemaran udara yang melibatkan murid – murid PASTI di daerah itu. 

Kami mengajak semua warga Negeri Johor mengadakan solat hajat dan bermunajat kepada Allah SWT buat seluruh saudara kita yang berada di daerah Pasir Gudang.

Sekian.

Ustaz Mohd Rofizen Ibrahim

Pengarah

Jabatan PASTI Negeri Johor