Home Artikel PAS Johor

Penubuhan DHPP: PAS Kulai cipta sejarah

324
SHARE

PENUBUHAN DHPP : PAS KAWASAN KULAI CIPTA SEJARAH

PAS Kawasan Kulai telah mencatatkan satu sejarah baharu untuk negeri Johor kerana bukan telah berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) di peringkat kawasan Kulai malah berjaya melantik Ketua DHPP di peringkat DUN iaitu DUN Bukit Permai, DUN Bukit Batu dan DUN Senai.

Majlis Pelancaran DHPP Kulai telah diadakan pada malam tadi di Pejabat PAS kawasan Kulai di Bandar Putra, Kulai.

Mengikut maklumat yang telah disampaikan oleh Setiausaha DHPP Johor sdr. Selvendran a/l Velu yang juga merupakan Ketua DHPP Kulai, sebanyak 10 DHPP kawasan telah berjaya dibentuk dan proses perasmiannya akan dilakukan secara berperingkat.

Tahniah kepada sdr Aziz bin Jaafar, Yang Di Pertua PAS kawasan Kulai dan seluruh pimpinan PAS kawasan Kulai.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Penasihat DHPP Negeri Johor
12 Julai 2020

#islammemimpinperpaduan