Home Artikel PAS Melaka

Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah tubuh Ameerah

443
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 13 Julai : Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah maju setapak lagi dengan penubuhan Ameerah iaitu sebuah organisasi muslimat muda di bawah dewan itu.

Perjumpaan kali pertama dan pembentukan ahli jawatankuasa Ameerah Kawasan telah dijalankan di Markaz PAS Kawasan Masjid Tanah, Jalan Hujan Panas, di sini semalam.

Menurut Pengarah Ameerah Masjid Tanah yang baru dilantik, Maryam Imran, Ameerah merupakan satu gerakan muslimat muda di bawah Dewan Muslimat PAS yang bersama-sama membantu merealisasikan visi besar Dewan Muslimat PAS.

“Ameerah bersedia membantu sedaya mungkin gerak kerja khususnya mendepani generasi anak muda khususnya di Masjid Tanah yang merupakan antara pelapis-pelapis yang akan bergerak di masa akan datang” ujar beliau.

Perjumpaan ringkas tersebut dimulakan dengan sessi taaruf dalam sesi yang dipanggil ‘Tak Kenal, Tak Cinta’, pengenalan Ameerah dan gerak kerja serta ziarah Mahabbah Muslimat Muda sekitar Dun Ayer Limau.

Maryam juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada wakil Ameerah Perhubungan Negeri Melaka yang sudi hadir ke Masjid Tanah bagi menjayakan program tersebut dan berharap agar ukhuwah yang terjalin itu berkekalan hingga ke akhirnya.

Mohon like dan share page Ameerah Masjid Tanah :

Visit to like my Page-https://www.facebook.com/110426604075441?referrer=whatsapp


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)