Home Berita PAS Terengganu

Pentingnya ilmu untuk perlindungan wanita

41
SHARE

Oleh : Rohayati Ripin

SETIU – Kaum Hawa harus sedar akan kepentingan ilmu berkaitan hak-hak mereka dan memperkukuh kedudukan wanita dalam perundangan Islam, demi memastikan perlindungan, dihargai, dan tidak ditindas dalam masyarakat.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Setiu, Rohani Awang menegaskan perkara ini untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang hak-hak wanita dalam Islam.

“Tujuan kita buat program hak-hak wanita dalam perundangan Islam ini ialah untuk memberi kesedaran kepada wanita dan masyarakat tentang hak-hak dan tanggungjawab.

“Hak-hak sebagai seorang isteri, hak-hak dalam keluarga kerana ia adalah penting agar wanita tidak di tindas oleh manusia atau sistem yang tidak adil dan memperkasakan golongan wanita,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program “ Hak wanita Dalam Perundangan Islam di Dewan Sivik Chalok Kedai, di sini, pada Jumaat lalu.

Hadir sama ialah isteri YB Ahli Parlimen Setiu, Puan Norazlin Farilah Hashim dan 200 orang peserta mendengar perkongsian eksklusif oleh Puan Hajjah Siti Noor Abdul Hamid.

Justeru itu, beliau berharap agar program ini dapat membimbing kaum wanita dalam memahami hak-hak mereka, menjadikan ilmu sebagai panduan hidup, dan menghindari sebarang bentuk penganiayaan dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Wanita adalah insan yang paling penting kepada dunia tanpa wanita dunia tidak akan bererti.

“Yang mana peribahasa menyatakan tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia.

“Wanita perlu diberi hak untuk dilindungi oleh suami, nafkah kediaman, makan minum dan kasih sayang,” ujar Rohani.

Oleh itu, katanya, semoga setiap perkongsian ilmu pada hari ini berkenaan dengan hak-hak wanita dijadikan panduan dan pedoman bagi meneruskan kehidupan sebagai seorang wanita yang solehah.

“Dan supaya kita semua terutama kaum wanita tidak di ambil kesempatan oleh orang yang tidak bertanggungjawab,” tambah beliau lagi.