Home Berita PAS Negeri Sembilan

Pentas Anak Muda kupas pelbagai isu anak muda

794
SHARE

SEREMBAN: Program Pentas Anak Muda yang merupakan program terakhir dalam program Jelajah Hijau Pemuda PAS Malaysia ke Negeri Sembilan telah mengupas pelbagai isu semasa yang berkaitan dengan anak muda.

Forum yang diadakan di Kompleks Pejabat PAS Seremban itu dihadiri ahli panel yang terdiri dari Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi; Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin; Setiausaha Pemuda PAS Malaysia, Afnan Hamimi Taib Azamudeen dan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Khairul Yazman Yahya. Moderator forum ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mahfuz Roslan. Turut hadir ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Wan Nordin Wan Yaacob.

Khairul Yazman dalam ulasannya menyentuh isu harga rumah yang semakin mahal; yang merupakan satu permasalahan besar kepada golongan muda yang baru be rumahtangga. Perkara tersebut melanda ekoran harga terlalu tinggi perumahan yang rancak di bina di negeri ini, tetapi menjauhi hakikat kemampuan anak tempatan.

“Keadaan tersebut pula dibiarkan kerajaan tanpa kawalan sewajarnya. Lebih memeritkan apabila institusi kewangan yang sebelum ini menawarkan pembiayaan telah mengetatkan syarat kelulusan pinjaman disebabkan faktor ekonomi semasa. Himpitan kian terasa oleh anak muda oleh kos sara hidup yang semakin mencengkam. Memungkinkan anak tempatan seakan merempat bergelandangan men jadi pelarian di negeri sendiri.

“Sukar lagi mendapat Rumah Mampu Milik (RMM), tetapi ba nyak “Rumah Mampu Tengok.” Hasil tinjauan kami di Seremban 2, Bandar Sri Sendayan, Bandar Senawang, Nilai dan Bandar Baru Nilai; rumah teres setingkat dibina bermula dari harga RM200,000. Rumah teres dua tingkat pula antara RM500,000 hingga RM1 juta. Manakala jenis semiD bermula dengan harga RM800,000 hingga RM2 juta dan jenis apartmen pula bermula dari RM350,000. Dengan gaji yang statik dan rendah, manakan mampu anak muda hari ini memiliki rumah idaman?” tanya Khairul Yazman.

Khairul Yazman menambah, dapatan itu seiring data Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) dan Pusat Maklumat Hartanah Negara (NAPIC). Pada tahun 2015 hingga 2016, nisbah RMM berbanding keseluruhan jumlah rumah di bina hanyalah sekitar 20 hingga 30 peratus, berbanding 70 peratus untuk tahun 2008 hingga 2009. Sementara tahun 2017, nisbahnya menurun dan dianggarkan hanya 20 peratus RMM.

“Sehubungan itu, demi kepentingan masa depan, kerajaan digesa melihat semula polisi dan da sar perumahan serta penguat kuasaan yang ada. Hentikan menjadi kapitalis dan menjadikan asas kehidupan ini diliputi oleh spekulasi serta buruan kemewahan. Kerajaan mesti bertanggungjawab memastikan rakyat memiliki rumah kediaman sendiri ke arah kesejahteraan hidup,” ujar Khairul Yazman lagi.

Ir. Khairil Nizam pula menyentuh isu anak muda yang tidak mengambil tahu isu politik dan isu se masa termasuk permasalahan negara dan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

“Salah satu faktor ialah anak muda ini masih di bawah pengawasan ibu bapa. Maka mereka tak kisah dengan isu semasa. Apabila mereka sudah berumahtangga, sudah ada anak, sudah ada tanggungjawab sendiri untuk keluarga sendiri, pada ketika itu mereka akan rasa keperitan hidup. Justeru, saya berharap pemuda PAS terus mendampingi golongan muda yang tiada maklumat tentang isu semasa. Golongan muda perlu didedahkan dengan permasalahan negara,” katanya.

Menjawab sebuah soalan peserta program, Afnan Hamimi berkata apabila fardu ain dipisahkan dari sukan maka aurat tidak dititik beratkan dalam acara sukan. Beliau turut memberi contoh bagai mana pe nerbangan kapal terbang apabila kapal terbang berlepas pada pukul 6 pagi.

“Penumpang mestilah sudah berada di gate masuk sekitar pada pukul 5.30 pagi, sedangkan solat Subuh sekitar pukul 5.40 pagi. Kita nampak di sini faktor fardhu ain tidak diambil berat dalam jadual penerbangan kapal terbang.

“Ramai tanya kenapa kita highlight isu RUU355 tetapi bukan isu mata wang turun dan kos sara hidup semakin tinggi. Isunya ialah sistem perlu diubah. Jika sistem dapat diubah, maka kita dapat menyelesaikan banyak masalah. Undang-undang sekarang tidak gerun,” katanya.

Ustaz Muhammad Khalil berkata bahawa PAS hendak pelihara agama Islam. PAS nak pastikan agama Islam hidup.

“PAS mahu perjuangkan syiar-syiar ugama termasuk hukum Islam. PAS mahu per tahankan kesuci an Islam. RUU355 adalah sebahagian daripada perjuangan PAS. PAS mahu me nawarkan pendidikan percuma jika menjadi pemerintah. PAS menawarkan Dokumen Hijau sebagai penyelesaian ekonomi dari segi Islam. Konsep kerajaan niaga dengan rakyat adalah salah di sisi Islam,” kata beliau.

Ustaz Muhammad Khalil turut melancarkan Jentera Pilihan Raya Pemuda PAS Negeri Sembilan. Sebagai simbolik beliau menyerahkan bendera PAS kepada Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Negeri Sembilan, Saudara Al-Husna bin Amin.

Sementara itu, berlangsung majlis penyampaian hadiah kepada pasukan ARC Negeri Sembilan yang mengharumkan nama Negeri Sembilan di Gathering ARC Kebangsaan 2017 yang berlangsung di Perak baru-baru ini. Pasukan ARC Negeri Sembilan yang terdiri dari pada penunggang motosikal berkuasa besar telah muncul juara dalam tiga acara iaitu pertandingan tarik tali serta acara menolak moto sikal berkuasa tinggi kategori 500cc dan 250cc. Ahli ARC Negeri Sembilan yang diketuai Anuar Abdul Mulup dengan motosikal super bike turut memeriahkan Jelajah Hijau Pemuda PAS Malaysia ke Negeri Sembilan apabila berkonvoi mengiringi kepimpinan di setiap lokasi program.