Home Berita PAS Negeri Sembilan

PAS sahaja wadah Islam – Zuar XPDC

1808
SHARE

PALONG: Bekas Guitaris XPDC Azuar Mat Tasi (Zuar XPDC) menyatakan hanya PAS satu-satunya parti yang benar-benar memperjuangkan Islam di negara ini. Kata beliau, sejak mengalami penghijrahan, Zuar melihat bahawa hanya PAS sahaja gerakan yang lengkap membawa syiar Islam yang sebenarnya.

“Berbeza dengan Umno yang memperjuangkan bangsa, PAS meletakkan Islam sebagai paksi hadapan perjuangan,” kata beliau semasa sesi Bicara Santai Anak Muda di Felda Palong 4, 17 Oktober lalu.

Turut bersama menjayakan santai tersebut, bekas komposer terkenal Bob Lokman dan AJK PAS Pusat, Ustaz Dr Riduan Mohammad Nor serta Ustaz Zuhdi Mat Piah.

Zuar menasihatkan anak anak muda khasnya di Felda agar mencari perubahan dan mengenal agama Islam yang sebenar dengan mendekatkan diri dengan masjid.

“Belajar solat, belajar agama. Insya- Allah perubahan akan berlaku.” kata beliau.