UMAT Islam dan rakyat negara ini yang cintakan keadilan sewajarnya memberi undi kepada calon PAS pada Pilihan raya Umum (PRU) 14 tidak lama lagi.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, contoh yang berlaku di Kelantan sejak 27 tahun lalu menjadi bukti.
Katanya, Kerajaan Negeri Kelantan memberi keadilan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
“Dalam tempoh itu juga tiada pemimpin Kelantan yang dikait dengan penyelewengan dan rasuah,” katanya selepas penyampaian bantuan peralatan pertanian kepada petani dan usahawan di Tumpat semalam.
Pada program itu seramai 75 petani, nelayan dan usahawan kecil menerima bantuan peralatan pertanian.
Baru-baru ini Ketua Wanita Umno Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dilapor berharap rakyat Malaysia mengundi calon Umno dan BN pada PRU tidak lama lagi. – HARAKAHDAILY 11/12/2017