Home Berita PAS Kedah

Penguasaan politik Melayu-Islam tejejas sekiranya ummah berpecah

56
SHARE

OLEH: ROZAIDI TAIB

SUNGAI PETANI, 6 NOV– Penguasaan politik Melayu-Islam tejejas sekiranya ummah berpecah dan survival bangsa melayu kian terancam walaupun menjadi kaum terbesar di negara ini.

“Berdasar keputusan dalam pilihanraya yang lalu, kalau umat Islam masih tidak bersatu, kita Nampak kepimpinan di peringkat negeri dan pusat bakal jatuh  ke pihak yang salah dan menjadi ancaman kepada kaum melayu yang menjadi kaum terbesar di Malaysia ” kata Adun Bayu, YB Cikgu Abd Nasir Idris ketika diminta mengulas situasi terkini politik negara di lokas Muktamar  Tahunan PAS Pusat ke-67 yang diadakan secara hibrid di The Jerai Hotel di sini, hari ini.

Ujarnya umat islam wajar berada dalam satu kelompok atau gabungan walaupun berlainan ideologi parti politik kerana penguasaan tampuk kekuasaan mesti berada di tangan mereka yang mewakili majoriti rakyat, seterusnya menjamin kedudukan Islam dan Raja-raja Melayu.

Mengulas Tema Muktamar  Tahunan PAS Pusat ke-67 iaitu “Islam Menyatukan Ummah”, Cikgu Abd Nasir menyatakan ianya amat bertepatan dengan suasana politik semasa yang kacau bilau dan memerlukan panduan Islam sebagai titik persamaan.

“Dalam konteks politik semasa di di Pilihanraya Kecil Negeri (PRN) Melaka, saya merasa kecewa kerana terpaksa bertembung sesama sendiri walaupun kerjasama yang amat baik ditunjukkan di peringkat Kerajaan pusat dan beberapa negeri,” ujarnya.

Beliau yang juga mantan Setiausaha PAS kawasan Baling amat mengharapkan sesuatu situasi menang-menang dan perbincangan dapat dilakukan oleh parti Barisan Nasional dan Perikatan Nasional menjelang tarikh penamaan calon PRN Melaka nanti agar tidak berlaku pertembungan kerusi.

“Saya selaku penyokong dan pencinta kepada perpaduan ummah amat berharap agar perkara ini dapat dibawa ke meja rundingan,”katanya.