Home Berita PAS Kelantan

Penghulu wakili PKR di Kelantan diberi peluang

779
SHARE

KERAJAAN Kelantan masih memberi peluang kepada PKR bagi mengisi jawatan penghulu di 14 kawasan parlimen di negeri ini.

Pengarah Majlis Penghulu Kelantan, Jamaluddin Ishak berkata, penghulu mewakili PKR tidak dilantik baru-baru ini memandangkan senarai nama lewat diterima.

Katanya, Pengerusi Penghulu Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah meminta supaya surat rasmi dihantar kepada mereka.

“Mereka mewakili 14 Parlimen akan dilantik sebagai penghulu tanpa mukim,” katanya ketika ditemui selepas majlis bersama penghulu dan penyampaian saguhati penghulu bersara di Kota Bharu.

Sumbangan tersebut disampaikan Mohd Amar. Hadir sama pada program di Dewan Teratai Kota Darulnaim itu Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub dan anggota-anggota Exco.

Baru-baru ini Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilapor berkata, PKR Kelantan akan melepaskan semua jawatan lantikan politik sepenuhnya menjelang akhir Julai ini. – HARAKAHDAILY 15/6/2017