Home Kenyataan Media PAS Perlis

Penghayatan Kemerdekaan Menjamin Keharmonian dan Perpaduan Negara

400
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERLIS

“PENGHAYATAN KEMERDEKAAN MENJAMIN KEHARMONIAN DAN PERPADUAN NEGARA”

1. Erti kemerdekaan adalah sangat luas serta tidak hanya terikat kepada pembebasan sebuah negara daripada cengkaman kuasa asing.

2. Kemerdekaan sebenar dalam Islam adalah kebebasan akal, sikap dan fizikal seseorang daripada anasir-anasir penjajahan yang merosakkan akidah, nilai-nilai kemanusiaan dan tingkah laku insan.

3.Kecintaan kepada negara menuntut kepada sifat tanggungjawab, ketaatan dan pengorbanan. Kita harus memaknakan sambutan Hari Kebangsaan dengan mengulangi ikrar dan tekad serta memperbaharui semangat patriotisme kepada negara.

4. DPPNPs mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya menjaga keharmonian dan perpaduan kaum di kalangan masyarakat majmuk. Kerajaan juga komited untuk terus menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

5.Sempena Sambutan Hari Kebangsaan, DPPNPs mengajak seluruh rakyat negeri Perlis untuk sama-sama menghayati rukun negara dan menjadikannya sebagai panduan dalam kehidupan bermasyarakat.

6. Justeru, DPPNPs mengajak seluruh rakyat negeri Perlis supaya sentiasa menjaga keharmonian negara.

Yang benar,

MUHAMMAD AZMIR BIN AZIZAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis
30 Ogos 2020 | 11 Muharram 1442H