Home Artikel PAS Melaka

Konvoi merdeka PAS Masjid Tanah meriahkan sambutan bulan kemerdekaan

394
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 30 Ogos : Pembukaan ‘Sambutan Bulan Kemerdekaan’ PAS Kawasan Masjid Tanah telah dimeriahkan dengan ‘Konvoi Merdeka’ yang bermula di hadapan Masjid Sultan Abdullah di sini pagi semalam.

Program yang menjadi simbolik kepada pembukaan ‘Sambutan Bulan Kemerdekaan’ ini bermula pada jam 9.00 pagi semalam melibatkan lebih 30 buah kenderaan yang dihiasi dengan bendera Malaysia dan bendera PAS.

Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman bersama-sama dengan pimpinan PAS Kawasan yang lain telah mengedarkan bendera kepada orang ramai yang melalui kawasan tersebut sebelum konvoi mula bertolak ke lokasi seterusnya.

Konvoi merentas seluruh DUN yang ada di dalam Parlimen Masjid Tanah ini melalui beberapa ‘check point’ di mana di setiap ‘check point’ rombongan konvoi akan menyerahkan Bendera Jalur Gemilang kepada wakil MTD yang menunggu di setiap ‘check point’.

Selepas bertolak dari lokasi permulaan, konvoi kemudianya berhenti di beberapa lokasi antaranya Kompleks Perahu Layar Pengkalan Balak, Dataran MARA Kuala Sungai Baharu, Pekan Lubok China, Simpang Empat, Lendu dan berakhir di Markaz PAS Jalan Hujan Panas.

Program ini turut disertai oleh pimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Masjid Tanah, Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah dan Ameerah PAS Kawasan Masjid Tanah.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)