Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Pengganas LTTE : Siasat Parti DAP

3733
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Pengganas LTTE : Siasat Parti DAP


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius isu penangkapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran dan G Saminathan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek yang ditahan pagi tadi.

Mereka telah ditahan oleh Polis Anti Pengganas dari Bukit Aman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

PAS konsisten dengan dasar anti-keganasan dan menentang sebarang pertalian dengan kumpulan pengganas yang boleh merobek keamanan dan keharnonian negara kita.

Lebih berbahaya, mereka yang disyaki terlibat secara langsung dengan parti politik pemerintah sekarang.

PAS dengan tegas menyeru pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat parti DAP dan semua pihak yang terlibat jika ada sebarang unsur tajaan dan penglibatan dengan puak pengganas.

Setinggi pujian juga harus diberikan kepada PDRM yang menjalankan tugas dengan cemerlang menjaga keselamatan negara daripada anasir keganasan.

“Islam Memimpin Perpaduan”
“Muafakat Nasional, Membina Malaysia Sejahtera”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
10 Oktober 2019 | 11 Safar 1441